Thursday, April 8, 2010

Gabungan Bertindak Gemilang Mirza

GABUNGAN Bertindak pelabur Gemilang Mirza di pedalaman mendakwa publisiti perniagaan berkonsepkan Kongsi Niaga yang meluas di stesen media kerajaan dan penglibatan serta sokongan wakil-wakil rakyat kerajaan di dalam majlis-majlis melibatkan syarikat itu telah mendorong dan memberi pengaruh untuk melakukan pelaburan.

Pengerusi Induk mewakili ahli-ahli Gemilang Mirza Keningau, Jeffrus Mamin Rijan berkata, publisiti melalui saluran rasmi informasi Kerajaan Malaysia yang cukup berpengaruh iaitu TV 1 menjemput Pengasas dan Pengarah Gemilang Mirza Sdn, Bhd. Y.Bhg. Datuk Ag. Binting Bin Pangiran Mat Salleh sebagai tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada 21 November, 2008, sudah cukup meyakinkan bahawa Gemilang Mirza Sdn. Bhd. adalah merupakan satu syarikat yang sah dan diiktiraf oleh bukan sahaja Kerajaan Negeri Sabah bahkan juga oleh Kerajaan Malaysia.

“Oleh itu secara tidak langsung kerajaan harus bertanggungjawab terhadap kerugian ahli-ahli yang mencecah 50,000 pelabur,” kata Jeffrus lagi.

Gabungan Bertindak seramai 21 yang mewakili setiap daerah di Sabah itu menyerahkan satu salinan (kepada Sabahkini.net) memorandum yang ditujukan kepada Ketua Menteri Sabah, memohon agar kerajaan bertanggungjawab terhadap kerugian para pelabur.

Jeffrus juga berkata, perutusan Ketua Menteri sempena Majlis Pelancaran Produk Barangan Keluaran Mirza dan Malam Gemilang pada tahun 2008 telah memberi keyakinan kepada pelabur terhadap syarikat itu, selain paparan media massa telah memperlihatkan sokongan kerajaan sendiri terhadap syarikat Gemilang Mirza sekali gus telah menyumbang pengaruh yang begitu besar terhadap orang ramai untuk menyertainya.

“Kita merasa teraniaya dan diperdayakan kerana puluhan ribu rakyat mengalami kerugian berjuta-juta ringgit, sedangkan pelabur sebenarnya benar-benar yakin dengan adanya sokongan media kerajaan dan pemimpin sendiri terhadap perniagaan yang telah beroperasi sejak 8 tahun yang lalu,” kata Jeffrus.

Katanya, para pelabur Gemilang Mirza terdiri dari kakitangan kerajaan dengan harapan mendapat sumber kewangan yang lebih.

Beliau mendedahkan bahawa para pelabur itu terdiri dari kakitangan dipelbagai jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, termasuk para penjawat rendah awam, guru-guru biasa, guru-guru besar, pengetua-pengetua sekolah menengah, kakitangan hospital, dengan jumlah modal perkongsian ribuan ringgit. bahkan ada diantara mereka yang membuat pinjaman bank, menjual harta benda dan berhutang.

Bank Negara telah mengharamkan operasi perniagaan Gemilang Mirza atas dakwaan mengambil deposit dari orang ramai secara haram. Pada ketika ini pengasas syarikat itu menjalani prosiding mahkamah atas dakwaan mengambil deposit secara haram.

Jefrfrus berkata mereka merasa teraniaya dan merayu serta mendesak agar kerajaan bertanggungjawab terhadap nasib wang pelaburan rakyat dengan mengembalikan wang mereka.

Menurut Jeffrus, memang malang bagi Gemilang Mirza Sdn. Bhd kerana setelah membantu meningkatkan ekonomi rakyat terutama Bumiputera selama operasinya, tindakan telah dilakukan tanpa mengambil kira nasib pelabur dan kebijaksanaan pentadbiran syarikat itu dalam menjalankan perniagaannya.

“Gabungan Jawatan Kuasa Bertindak yakin jika Gemilang Mirza Sdn. Bhd, dibenarkan beroperasi semula, dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera negeri ini sekali gus dapat membantu kerajaan mengatasi masalah kemiskinan dalam negeri Sabah khasnya,” ujar Jeffrus.

Gabungan itu juga mendakwa, Awang Binting adalah ibarat kisah seorang anak yang memberi nasihat kepada Sultan dalam memerangi serangan todak dalam kisah raja-raja melayu.

Bagaimanapun, budak tersebut yang telah menyelamatkan satu kerajaan menjadi ancaman kepada kedudukan raja tersebut di masa akan datang kerana kecerdikannya telah dibunuh.

“Seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang ekonomi seperti Awang Binting, telah menjadi ancaman kepada parti-parti di Sabah, kerana takut pengaruh Binting menjangkau mereka di masa akan datang…” kata sumber itu yang turut melampirkan memorandum keluhan gabungan bertindak tersebut.

Wednesday, April 1, 2009

MAKLUMAN PENTING

..... Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera ....

Kepada Ahli Gemilang Mirza Sdn Bhd yang dihormati, sukacita dimaklumkan bahawa pihak GMSB akan mengadakan majlis persidangan umum bersama ahli-ahli GMSB.

Pelbagai pembentangan akan dibuat meliputi semua aspek termasuk perjalanan kes siasatan GMSB (berita baik)

Tetamu undangan ialah Tan Sri Kamal Salleh (Penasihat Ekonomi Malaysia) dan peguam GMSB serta beberapa lagi kenamaan (VVIP) yang dijemput hadir pada persidangan tersebut.

Diharapkan, semua pihak dapat menghadirkan diri beramai-ramai bagi mengikut persidangan tersebut seterusnya mendengar pengumuman berita baik yang bakal diumumkan pada tarikh dan tempat seperti di bawah ini

Tarikh: 11.04.2009

Masa: 2.00 Petang

Tempat: Dewan Masyarakat Baru, Papar

Sekian dan Harap Maklum



Daripada:

Pengarah Urusan GMSB

Tuesday, February 24, 2009

Bulan 2 hampir tamat...

aiyah.. sesiapa pun yg masih menunggu pastinya merasakan penantian satu penyeksaan.. tapi inilah dia.. apa lagi yg boleh dibuat?? menunggu dan menunggu.. we have law but so many times law have failed us, nk amik law of the jungle plak tak berbaloi..

Wednesday, February 11, 2009

Bulan Februari...

suatu masa yg dikatakan bahawa pihak Gemilang Mirza akan membayar balik semua modal pelabur.. sehingga ke tarikh ini segala usaha yg dilakukan nampak seperti tidak berhasil.. rasanya semua pelabur menunggu hinggi hujung bulan 2 ni, tapi kalau ada yg mengambil tindakan sendiri, maybe itu the last resort ler.. mana boleh duit hasil titik peluh terbuang begitu shj dan menjadi santapan dua tiga kerat org yg tak berhati perut memeras duit golongan yang bergantung pada harta pencarian.. hanya mampu berdoa sajer krn seperti kita tau, doa org yg teraniaya ni sgt mustajab.. doalah semoga kekusutan GM nih akan berakhir dan kesemua pelabur akn mendapat kembali wang masing2.. jika tidak pun, anggaplah duit itu untuk membasuh dosa2 kita selama ini.. (cakap mmg senang tapi mmg sukar kehilangan duit)

Saturday, January 31, 2009

Gemilang Mirza tetap relevan???

di petik dr sebuah blog,, Tak sangka pada jam 5 petang, 31.1.2009, Pengasas Mirza Gemilang, Datok Awang Binting, singgah di stokis Mirza Gemilang di Kota Belud. Bila beliau masuk ke premis tersebut, beliau sangat teruja tatkala melihat barangan Mirza hampir habis terjual. Pada masa yang sama memberi jaminan akan memberi kredit bernilai RM70,000.00 dalam bentuk barangan kesihatan kepada pengusaha nya,Cikgu Salman.
Ketika di Restoran Kota Raya, secara spontan seorang peminat MIRZA GEMILANG, yang telah lama mengikuti perkembangan siasatan BNM keatas syarikat tersebut mengambil keputusan untuk "berkongsi modal" dengan syarikat MG. Dato amat terkejut serta teruja, dan berkata " setiap modal yang akan dikongsikan di syarikat mirza tidak akan sia-sia", beliau menambah " syarikat ini ditubuhkan sejak 2002 dan sudah ramai orang yang telah berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan, malah ramai juga yang berani beli kereta mewah".katanya.

Sebelum itu, beliau mengimbas kembali siasatan BNM ke atas MG yang menurutnya merupakan "proses biasa" dan sekarang telah selesai. Dan mendakwa menerima SMS daripada Yang Dipertua Melaka, yang mana akan menganugerahkannya pangkat "Dato Biduanda". menurut beliau itu pangkat yang kedua, sebelum itu dia juga diberi pangkat "dato" daripada Yang Dipertua Negeri Sabah.
Beliau juga ada menjelaskan bahawa, semua pakej lama yang di tawarkan MG akan di hentikan serta diganti dengan
pakej baru iaitu, pakej 10 bulan(10%). Pakej terdahulu itu akan terus dibayar seperti biasa beserta tunggakan bermula bulan Fenuari 2009 hingga tamat tempoh,katanya dengan nada serius.












So, sudah sah, syarikat MG ini bukan Skim Cepat Kaya,penulis sendiri dengar daripada mulut Dato tu...
menurut beliau " ini cuma perkongsian modal" , ada barang yang dijual. Menurutnya, dalam sedikit masa lagi dia akan mengeluarkan Telefon Bimbit Jenama MIRZA. Penulis juga sempat bertanya kepada orang yang "telah berkongsi modal" secara langsung dengan Dato, menurutnya, pada tahun 1996 dia ada buat loan di bank berjumlah 50 ribu dan di dilabur ke Amanah Saham Sabah tapi sampai sekarang pun tak dapat dapat untung, menurutnya tindakannya itu telah menyusahkannya membayar balik pinjaman dan sehingga kini dia masih bayar pinjaman tersebut... dan lagi katanya, simpan di ASB pun tidak berbaloi, kalau simpan 1,000 ringgit dia bagi RM85 saja setahun, tetapi katanya, dengan GUMBIRA kalau berkongsi modal dengan dato sebanyak RM1,000. dia dapat HIBAH RM100 sebulan... selama 10 bulan, lepas tu boleh sambung lagi, katanya.

Kesimpulannya, MG boleh mengubah taraf hidup penduduk, asal saja disokong oleh rakyat dan selagi Dato Awang Binting tidak mengeluarkan tanduknya... tapi penulis tengo Ag Binting ni jujur orangnya, dan kalau lah penulis ni ada kuasa memberi pangkat, penulis juga akan beri beliau pangkat yang bukan alang-alang pangkat iaitu pangkat yg paling tinggi.. insaallah,

tetapi jangan terlampau percaya, selagi dia tak selesaikan tunggakan ANDA tu, penulis anggap DATO tu sudah mula tumbuh tanduk.. heheheh aramai ti

Thursday, January 29, 2009

Masih berjalankah Gemilang Mirza??

menurut maklumat disini, masih hidup lagi, tapi tunggu sajerlah.. asik menunggu dateline sajer.. masih berharap lagi nih

Friday, January 23, 2009

Next month???

penantian satu seksa.. apatah lagi biler penantian tu melibatkan duit hasil titik peluh aku.. tapi apakan daya, nk tak nk terpaksa menanti satu bulan lagi.. hrp2 betul ler apa yg dikatakan tu.. dengar khabar Gemilang mirza akan dilepaskan oleh bank negara malaysia.. but that maybe juz rumour.. i dont know,, a lot of hearsay.. kpd sape2 yg smpi ke sini, ketahui lah yg i juga merupakan one of the investor yg masih belum mendapat balik modal yg dilabur.. ku sangkakan hujan smpi ke petang,, rupanya... byk tul dugaan nih.. huhuh