Wednesday, December 31, 2008

HAPPY NEW YEAR 2009 GEMILANG MIRZA TERUS GEMILANG!!


SLMT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009!! SEMOGA GEMILANG MIRZA AKAN TERUS BERKEMBANG DAN SAMA2 MEMBANTU MENINGKATKAN TARAF HIDUP GOLONGAN BUMIPUTERA..

Sunday, December 28, 2008

Gemilang Mirza di TV1 Selamat Pagi Malaysia

Wawancara Selamat Pagi Malaysia, TV1 28 hb Disember 2008. Gemilang Mirza diwakili oleh Dato' Pengarah dan Duta Produk GMSB Salwa.

Sebelum menjadi duta produk , Salwa terlebih dahulu telah mencuba produk Sarang Burung Mirza tiga bulan yang lalu dan mengamalkan meminumnya setiap malam. Hasilnya kini beliau lebih ceria dan bersemangat. Produk Sarang Burung Mirza katanya, amat baik untuk merawat kecantikan kulit kerana ia menggalak pertumbuhan kulit yang mati terutama sekali dalam usia kita yang semakin meningkat. Khasiatnya amat berkesan dalam menjaga kecantikan luaran dan dalaman jika diamalkan.

Kepada mereka yang membeli produk sarang burung ini juga Salwa ada memberitahu hadiah akan diberikan iaitu kompilasi Album Anugerah 12 Artis dalam bentuk VCD. Salah seorang artis adalah beliau sendiri dengan album terbaru berjudul "Kerana Kamu".

Sementara Dato' Ag. Binting pula memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat, iaitu kopi pra campuran yang diberi nama Kopi Pangeran. Syarikat menjangkakan produk Kopi Pangeran ini akan mengegarkan pasaran produk tahun hadapan. Antara kandungan kopi ini, habatussauda, ubi jaga dan tongkat ali. Khasiatnya amat baik bagi lelaki yang mementingkan stamina dan kesihatan. Produk ini akan berada di pasaran Sabah pada 31 hb Disember tahun ini. Harga sekotak RM25.90 dan bagi ahli GMSB pula akan mendapat potongan harga sebanyak 20%. Kepada mereka yang ingin mencuba produk ini nanti silalah ke kedai Stokis atau Pengedar yang berhampiran.

Pihak GMSB sentiasa menyusun strategi pelaburan dari masa kesemasa. Penubuhan Mirza Mini Market merupakan penghargaan kepada ahli yang sedia ada, memudahkan ahli mendapatkan barang-barang keperluan harian dan membantu menjana pendapatan syarikat. Mahu menyahut cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan, maka seterusnya GMSB berkemungkinan besar akan membuka Sebuah Kilang di Sabah seawal bulan Mac atau June tahun hadapan. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Pengarah Urusan GMSB. Katanya, Ini bertujuan untuk mengurangkan kos pengeluaran kerana sebelum ini pihak syarikat sentiasa berulang-alik ke Semenanjung Malaysia dan mengilangkan produk di sana. Dengan adanya kilang syarikat sendiri di Sabah mudah-mudahan akan terbukalah ruang dan peluang untuk penduduk tempatan di sini.

Harapan Dato' Pengarah, semoga semua ahli Gemilang Mirza akan berasa puas dan selesa kerana Tahun 2009 lebih banyak lagi bentuk perniagaan bakal diterokai oleh syarikat...bagi menghargai dan memenuhi hasrat semua kearah mencapai matlamat kejayaan misi 2009...Maka kongsikanlah kejayaan ini bersama kerana dirimu teristimewa bersama Gemilang Mirza.

Saturday, December 27, 2008

Salam Ma'al Hijrah dan Tahun Baru 2009.

Assalammualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh..
Dan Salam Sejahtera..

Sempena Tahun Baru Hijrah 1430H dan Masihi 2009 ini, saya selaku Pengarah Urusan dan famili serta kakitangan GMSB mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada yang beragama Islam dan Selamat Tahun Baru kepada semua. Moga Tahun Baru ini ahli-ahli akan lebih merasa selesa dan senang, tidak seperti tahun-tahun yang lalu.

Kami juga memohon maaf sekiranya ada kesilapan mahupun kelalaian yang dibuat selama ini. Berdoalah kita agar kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan menjadi milik kita untuk selama-lamanya.

Semoga apa yang kita hadapi hari ini adalah lebih baik dari hari kelmarin, hari esok lebih baik daripada hari ini, lusa lebih baik daripada esok, tulat lebih baik daripada lusa, langkat lebih baik daripada tulat dan Tahun ini lebih baik daripada Tahun lalu..


Wassalam..

Kerana Dirimu Teristimewa Bersama Gemilang Mirza..



Pengarah Urusan GMSB
Dato' Pg. Ag. Binting Pg. Hj. Mat Salleh

Friday, December 26, 2008

Dapat pulangan..

pada 23hb disember, seperti yang dijanjikan oleh wakil drpd gemilang mirza, duit aku telah di bank in ke dalam akaun..jumlah nya lebih kurang 5+++ dan produk2 juga telah dipos drpd sabah ke semenanjung.. so far, semuanya ok sajer.. tida masalah dan wakil itu juga mesra shj dan sudi membantu jika ada masalah..

Sunday, December 21, 2008

Salwa Abd Rahman, Duta Gemilang Mirza

kemunculan gemilang mirza di tv1 bersama dgn duta GM iaitu salwa abdul rahman.. seorang artis yg pernah popular suatu ketika dahulu.. turut sama ialah en. awang binting yg turut mempromosi sarang burung mirza dan produk2 lain. dan terdapat tawaran menarik iaitu jika membeli sarang burung mirza akan mendapat album kompilasi artis2 yg diberi percuma.. menurut en. awang, dia akan muncul lagi ahad minggu depan di rancangan selamat pagi malaysia di tv1.maybe bila sudah ada kemampuan Gemilang mirza dpt mengambil duta yg lebih popular lagi utk mempromosi produk mereka. namun begitu, salwa kelihatan petah ketika mempromosi produk2 Gemilang Mirza...

Friday, December 19, 2008

SARANG BURUNG MIRZA









































erm... aku telah pun dpt produk sarang burung mirza dan mencuba satu botol.. setakat ini tidak ada perubahan yg mendadak tapi mungkin kena habiskan semua botol dahulu.. but minyak urut big bird tu berkesan juga pada sakit leher aku nih.. erm... bagus gak produk2 nih.. tapi apa yg aku lihat produk2 ni mmg dh lama ada di pasaran cuma kita tidak tahu siapa pengedar dan pengilangnya..

Wednesday, December 17, 2008

Gemilang Mirza info di Suruhanjaya Syarikat Malaysia


ada ler gak keluar info psl Gemilang Mirza, if nak dptkan full information about the company kena mohon dgn SSM ler...

Friday, December 12, 2008

Gemilang Mirza- MY POV

suddenly this name crop up in my lingo.. why?? actually ini semua bcoz aku dihantar ke sabah sbg guru.. 1st posting and kena antar plak ke kawasan pedalaman di area keningau.. but there was something that become huge rite now, it is Gemilang Mirza... at first o thought this juz a hype but then when i saw the products and the appearance of their GM on TV3 and RTM1, i was convinced there more that juz a hype. if they do it properly, this company probably can be the biggest in borneo.. so far in sabah it is quite popular.. nway,, pelaburan dlm gemilang mirza at least give us a chance to invest our money on something that can give more return than the usual ASN,ASB or fixed deposit.. erm.. whoever have join this company, hope u can share your experience with me.. thanx...

Wednesday, December 10, 2008

Mini market Gemilang Mirza


gambar ni dicopy drpd blog gemilang4u.. dan menarik juga melihat kewujudan mini market ini dgn begitu pantas.. rasanyer pihak GM mempunyai strategi mereka sendiri utk berkembang.. tapi ini permulaan yg baik.. GM cuma perlu mewujudkan mini market ini di setiap bandar di sabah supaya dpt bertapak dgn kukuh sblm dpt berkembang ke semenanjung.. apa lagi, mari ler support company bumiputera yg membangun ini.. sama2 ler shopping di mini market mirza..

Thursday, November 27, 2008

Tuesday, November 25, 2008

GEMILANG MIRZA berkongsi keuntungan...



menarik juga apabila gemilang mirza memberi kembali kepada masyarakat.. ini ler namanyer CSR.. hasil disalurkan semula kepada mereka yg memerlukan... ni ada a few pictures that i got from a blog... erm.. mcm ni baru ler nama nyer company yg bertanggungjawab.. jgn asik amik untung tanpa fikir nasib masyarakat sekeliling... sape2 yg dh dpt untung, kongsi2 ler yer..

Sunday, November 23, 2008

Gemilang Mirza di Selamat Pagi Malaysia


aku menonton GM gemilang mirza di tv1 dlm rancangan selamat pagi malaysia.. agak kagum ler dgn kepantasan company memastikan produk2 mendapat liputan meluas di seluruh malaysia.. if skrg di borneo sudah bertapak maybe tiba masanyer melebarkan sayap ke semenanjung.. tapi satu jer agak musykil, GM mirza agak kaku dan tidak begitu selesa dlm promote produk2 mirza.. so, i think the company should get a person that can be the spokeperson for mirza that can promote product dgn lebih berkesan.. slalunyer if kita tgk company2 yg menjual produk kesihatan slalunya mempunyai wanita sebagai jurucakap nyer.. juz food for thought...hehe

Thursday, November 20, 2008

Pengurusan Modal Perniagaan

Dipetik drpd Gemilang 4 u blog....

Gemilang Mirza Sdn Bhd, adalah mandat daripada pemodal yang rata ratanya terdiri daripada golongan bumiputera. Ia adalah lanjutan daripada perniagaan syarikat yang semakin berkembang dan mendapat pengiktirafan. Kilang yang mengeluarkan produk syarikat juga bertaraf GMP dan berpusat di Semenanjung Malaysia.

Bagaimana syarikat menguruskan modal ? .,Contohnya begini, syarikat membeli produk yang belum dilabelkan daripada pengeluar atau kilang yang mengeluarkan produk dengan harga RM 1. Setelah dilabel atas nama syarikat (Mirza),menjual produk tersebut dengan harga RM 4. Maka keuntungan yang diperolehi RM 3. Di mana RM 3 inilah yang di bahagikan antara syarikat dan pemodal berdasarkan % pembahagian keuntungan.. Syarikat juga membeli produk produk keluaran syarikat lain dengan 'harga stokis', dan menjualnya dengan 'harga pasaran'..Katakanlah harga pasaran sesuatu produk RM 50. dan harga stokis atau harga pengedar RM 30.
.Maka keuntungan yang diperolehi RM 20 daripada harga pasaran. Perlu di ingat % pembahagian keuntungan adalah berdasarkan jumlah pendapatan bersih, selepas ditolak cukai pendapatan syarikat yang dibayar kepada Kerajaan.

Berdepan dengan persaingan global dalam dunia perniagaan, syarikat sentiasa komited,aktif dan bersedia di arena pengiklanan,promosi,menambah jumlah dan kepelbagaian produk serta mewujudkan rangkaian perniagaan (stokis) dan pelaburan baru yang menguntungkan. Semua ini mampu di jayakan sekiranya anda sebagai pemodal,memberi mandat,kepercayaan dan sokongan yang berterusan kepada syarikat..dan sebagai pemodal yang prihatin anda juga di galakkan mencuba produk produk bermutu keluaran syarikat serta membantu dalam usaha mempromosikan produk dengan cara anda sendiri....Sesungguhnya, benih yang baik hasil nya pasti baik.
Dipetik drpd Gemilang 4 u blog....

Wednesday, November 19, 2008

Product keluaran Gemilang Mirza


if sape2 berminat nk tgk produk2 gemilang mirza boleh ler layari website nih, PRODUK GEMILANG MIRZA, yang paling popular inilah die, mirza cafe... if kita tgk ler, produk2 gemilang mirza dikeluarkan secara pukal atau banyak dan inilah dpt meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kos pengeluaran... tapi apa guna produk tanpa pengguna kan?? so, marilah sama2 kita menggunakan produk2 gemilang mirza nih.. dpt ler kita menyokong biznes bumiputera...

Pelaburan aku dlm Gemilang Mirza


aku telah melabur di dalam gemilang mirza. aku sememangnya melihat potensi yang besar di dalam company ini. di dalam pelaburan ini, kita mestilah menggunakan duit yg hanya tersimpan lapuk di dalam bank dgn pulangan yg amat ciput. jgn lah melabur dgn pinjaman atau gunakan duit utk perbelanjaan kita kerana itu kerja gila. jika ada duit lebih, melabur lah sikit2 dahulu, jgn terlampau tamak.. lihatlah bagaimana kemajuan company ini dapat meneruskan membantu insan2 yg memerlukan.. insyallah

Tuesday, November 18, 2008

PENGASAS GEMILANG MIRZA

GEMILANG MIRZA DI TV3!!!



GEMILANG MIRZA mendapat sokongan daripada orang politik SABAH... orang kanan menteri kewangan sabah.. dan muncul dlm laporan berita di saluran no 1 malaysia.. ini menambahkan keyakinan aku bahawa gemilang mirza mempunyai masa depan yang cerah dlm mengejar impian untuk menjadi perniagaan bumiputera yang berjaya.. sori, xsempat plak nk edit video nih,, so sape2 nk tgk segemen gemilang mirza, plz fast forward to 1:52 minit... mmg respect ler dgn gemilang mirza nih, gaya marketing nyer cukup hebat dan dlm waktu singkat boleh mencapai tahap yg begitu tinggi. harap2 dgn sokong semua, dapatler kita membangunkan biznes bumiputera nih... GEMILANG MIRZA AT TV3