Sunday, December 28, 2008

Gemilang Mirza di TV1 Selamat Pagi Malaysia

Wawancara Selamat Pagi Malaysia, TV1 28 hb Disember 2008. Gemilang Mirza diwakili oleh Dato' Pengarah dan Duta Produk GMSB Salwa.

Sebelum menjadi duta produk , Salwa terlebih dahulu telah mencuba produk Sarang Burung Mirza tiga bulan yang lalu dan mengamalkan meminumnya setiap malam. Hasilnya kini beliau lebih ceria dan bersemangat. Produk Sarang Burung Mirza katanya, amat baik untuk merawat kecantikan kulit kerana ia menggalak pertumbuhan kulit yang mati terutama sekali dalam usia kita yang semakin meningkat. Khasiatnya amat berkesan dalam menjaga kecantikan luaran dan dalaman jika diamalkan.

Kepada mereka yang membeli produk sarang burung ini juga Salwa ada memberitahu hadiah akan diberikan iaitu kompilasi Album Anugerah 12 Artis dalam bentuk VCD. Salah seorang artis adalah beliau sendiri dengan album terbaru berjudul "Kerana Kamu".

Sementara Dato' Ag. Binting pula memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat, iaitu kopi pra campuran yang diberi nama Kopi Pangeran. Syarikat menjangkakan produk Kopi Pangeran ini akan mengegarkan pasaran produk tahun hadapan. Antara kandungan kopi ini, habatussauda, ubi jaga dan tongkat ali. Khasiatnya amat baik bagi lelaki yang mementingkan stamina dan kesihatan. Produk ini akan berada di pasaran Sabah pada 31 hb Disember tahun ini. Harga sekotak RM25.90 dan bagi ahli GMSB pula akan mendapat potongan harga sebanyak 20%. Kepada mereka yang ingin mencuba produk ini nanti silalah ke kedai Stokis atau Pengedar yang berhampiran.

Pihak GMSB sentiasa menyusun strategi pelaburan dari masa kesemasa. Penubuhan Mirza Mini Market merupakan penghargaan kepada ahli yang sedia ada, memudahkan ahli mendapatkan barang-barang keperluan harian dan membantu menjana pendapatan syarikat. Mahu menyahut cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan, maka seterusnya GMSB berkemungkinan besar akan membuka Sebuah Kilang di Sabah seawal bulan Mac atau June tahun hadapan. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Pengarah Urusan GMSB. Katanya, Ini bertujuan untuk mengurangkan kos pengeluaran kerana sebelum ini pihak syarikat sentiasa berulang-alik ke Semenanjung Malaysia dan mengilangkan produk di sana. Dengan adanya kilang syarikat sendiri di Sabah mudah-mudahan akan terbukalah ruang dan peluang untuk penduduk tempatan di sini.

Harapan Dato' Pengarah, semoga semua ahli Gemilang Mirza akan berasa puas dan selesa kerana Tahun 2009 lebih banyak lagi bentuk perniagaan bakal diterokai oleh syarikat...bagi menghargai dan memenuhi hasrat semua kearah mencapai matlamat kejayaan misi 2009...Maka kongsikanlah kejayaan ini bersama kerana dirimu teristimewa bersama Gemilang Mirza.