Saturday, December 27, 2008

Salam Ma'al Hijrah dan Tahun Baru 2009.

Assalammualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh..
Dan Salam Sejahtera..

Sempena Tahun Baru Hijrah 1430H dan Masihi 2009 ini, saya selaku Pengarah Urusan dan famili serta kakitangan GMSB mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada yang beragama Islam dan Selamat Tahun Baru kepada semua. Moga Tahun Baru ini ahli-ahli akan lebih merasa selesa dan senang, tidak seperti tahun-tahun yang lalu.

Kami juga memohon maaf sekiranya ada kesilapan mahupun kelalaian yang dibuat selama ini. Berdoalah kita agar kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan menjadi milik kita untuk selama-lamanya.

Semoga apa yang kita hadapi hari ini adalah lebih baik dari hari kelmarin, hari esok lebih baik daripada hari ini, lusa lebih baik daripada esok, tulat lebih baik daripada lusa, langkat lebih baik daripada tulat dan Tahun ini lebih baik daripada Tahun lalu..


Wassalam..

Kerana Dirimu Teristimewa Bersama Gemilang Mirza..



Pengarah Urusan GMSB
Dato' Pg. Ag. Binting Pg. Hj. Mat Salleh