Sebelum itu, beliau mengimbas kembali siasatan BNM ke atas MG yang menurutnya merupakan "proses biasa" dan sekarang telah selesai. Dan mendakwa menerima SMS daripada Yang Dipertua Melaka, yang mana akan menganugerahkannya pangkat "Dato Biduanda". menurut beliau itu pangkat yang kedua, sebelum itu dia juga diberi pangkat "dato" daripada Yang Dipertua Negeri Sabah.
So, sudah sah, syarikat MG ini bukan Skim Cepat Kaya,penulis sendiri dengar daripada mulut Dato tu...
menurut beliau " ini cuma perkongsian modal" , ada barang yang dijual. Menurutnya, dalam sedikit masa lagi dia akan mengeluarkan Telefon Bimbit Jenama MIRZA. Penulis juga sempat bertanya kepada orang yang "telah berkongsi modal" secara langsung dengan Dato, menurutnya, pada tahun 1996 dia ada buat loan di bank berjumlah 50 ribu dan di dilabur ke Amanah Saham Sabah tapi sampai sekarang pun tak dapat dapat untung, menurutnya tindakannya itu telah menyusahkannya membayar balik pinjaman dan sehingga kini dia masih bayar pinjaman tersebut... dan lagi katanya, simpan di ASB pun tidak berbaloi, kalau simpan 1,000 ringgit dia bagi RM85 saja setahun, tetapi katanya, dengan GUMBIRA kalau berkongsi modal dengan dato sebanyak RM1,000. dia dapat HIBAH RM100 sebulan... selama 10 bulan, lepas tu boleh sambung lagi, katanya.
Kesimpulannya, MG boleh mengubah taraf hidup penduduk, asal saja disokong oleh rakyat dan selagi Dato Awang Binting tidak mengeluarkan tanduknya... tapi penulis tengo Ag Binting ni jujur orangnya, dan kalau lah penulis ni ada kuasa memberi pangkat, penulis juga akan beri beliau pangkat yang bukan alang-alang pangkat iaitu pangkat yg paling tinggi.. insaallah,
tetapi jangan terlampau percaya, selagi dia tak selesaikan tunggakan ANDA tu, penulis anggap DATO tu sudah mula tumbuh tanduk.. heheheh aramai ti