Thursday, January 15, 2009

Gemilang Mirza: Operasi Disambung Lepas Siasatan

Harian Ekspress hari ini melaporkan Operasi Rakan Kongsi Perniagaan Oleh Gemilang Mirza Sdn.Bhd akan disambung selepas selesai siasatan oleh Bank Negara Malaysia.

mirzaPengarah Urusan Gemilang Mirza Sdn.Bhd Ag.Binting Bin Ag.Saleh memberi jaminan operasi akan disambung.Siasatan ini akan mengambil masa tidak kurang tiga bulan.

Satu sesi ceramah percuma akan diadakan pada Sabtu ini ( 17 Jan 2009 ) bagi menjelaskan perincian tentang keadaan keseluruhan termasuk tindakan susulan.

Ceramah tersebut akan diadakan di sebuah bilik serbaguna di Papar bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.Akan hadir pada sesi ceramah tersebut ialah penceramah dari Majlis Ugama Islam Sabah ( Muis) dan dari Kuala Lumpur selain pencermah daripada syarikat itu sendiri.