Saturday, January 10, 2009

What happen 2 Gemilang Mirza???

di bawah ini adalah drpd buletin gmsb mengenai keadaan gemilang mirza yang menghadapi masalah.. hrp2 masalah dpt diselesaikan segera...

Mohon agar semua ahli Gemilang Mirza bersabar dan bertenang. Pihak syarikat memberi jaminan akan terus kekal dan modal para ahli semuanya selamat. Kita sudah tahu masalah ini bukan berpunca daripada syarikat dan perkara sebenar sudahpun dijelaskan. Jumlah pengeluaran tunai sepanjang tempoh penyiasatan amat terhad sekaligus menganggu kelancaran pembayaran .Percayalah ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Pengarah tidak pernah lupa kebajikan para pemodal dan peristiwa yang berlaku ini amat beliau kesali. Hairan...Kenapa ada sesetengah orang yang begitu busuk hatinya, tidak senang melihat kejayaan orang lain?

Tenang, sabar dan tabahlah, kerana kita tidak dapat menjangka berapa lama lagi tempoh penyiasatan ini berlangsung..Pesan Dato' , beliau tidak akan tunduk. InsyaAllah jika kita berniat jujur dan ikhlas akan diberkati Allah swt..Kemelut ini tidak akan mematahkan semangat beliau. Syarikat amat yakin dalam tempoh 10 hari lagi semua masalah akan selesai dan Gemilang Mirza Sdn. Bhd. boleh beroperasi seperti biasa. Berilah ruang yang selesa buat Dato' menyelesaikan kes Syarikat dengan pihak Bank mengikut lunas undang-undang. Moga-moga semua ahli masih berfikiran jernih, memahami , sabar, yakin dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.Berusahalah untuk tidak terpengaruh dengan fitnah dan khabar angin.

Pihak syarikat amat berterima kasih kepada ahli-ahli yang begitu setia dan terus memberikan sokongan kuat. Seperti yang dijanjikan, pada tahun 2009 syarikat akan memperkasakan lagi produk-produk keluarannya. Kini edisi baru produk Sarang Burung Mirza boleh anda dapatkan di kedai-kedai stokis dan pengedar berhampiran atau berkunjunglah ke Mini Market Gemilang Mirza. Lebih banyak produk syarikat boleh didapatkan seperti Kopi Pangeran, Mirza Cafe, Teh Misai Kucing dan banyak lagi stok yang baru tiba. Harga diskaun bagi produk sarang burung ialah RM 133 ( Harga sebenar RM 143 ) termasuk CD kopilasi Album Anugerah yang diberikan percuma.

Tahun 2009, ekonomi di beberapa buah negara diramal berada diambang konflik dan kepahitan. Ramalan dan jangkaan sebegini sebenarnya dorongan kepada semua ahli perniagaan untuk maju dan berdayasaing. GMSB juga tidak terkecuali memandangkan bahangnya di negara sendiri. Sebagai seorang ahli perniagaan, saya percaya Dato' Awg. Binting dan Syarikat Gemilang Mirza S/B merangka strategi yang amat teratur dan terancang. Semuanya demi mencapai kegemilangan serta merealisasikan impian dan harapan mandat ahli yang ikhlas bernaung di bawah payung Gemilang Mirza.

Akhir sekali sama-samalah kita jayakan seminar anjuran syarikat pada 17hb Jan ini di Dewan Masyarakat Baru Papar. Penyertaan anda semua amat dialu-alukan terutama sekali kepada mereka yang benar-benar berminat dalam bidang perniagaan.

Mari kita satukan harapan dan keyakinan...Gemilang Mirza pasti semakin kukuh dan berakar kuat.