Thursday, January 15, 2009

Gemilang Mirza: Operasi Disambung Lepas Siasatan

Harian Ekspress hari ini melaporkan Operasi Rakan Kongsi Perniagaan Oleh Gemilang Mirza Sdn.Bhd akan disambung selepas selesai siasatan oleh Bank Negara Malaysia.

mirzaPengarah Urusan Gemilang Mirza Sdn.Bhd Ag.Binting Bin Ag.Saleh memberi jaminan operasi akan disambung.Siasatan ini akan mengambil masa tidak kurang tiga bulan.

Satu sesi ceramah percuma akan diadakan pada Sabtu ini ( 17 Jan 2009 ) bagi menjelaskan perincian tentang keadaan keseluruhan termasuk tindakan susulan.

Ceramah tersebut akan diadakan di sebuah bilik serbaguna di Papar bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.Akan hadir pada sesi ceramah tersebut ialah penceramah dari Majlis Ugama Islam Sabah ( Muis) dan dari Kuala Lumpur selain pencermah daripada syarikat itu sendiri.

Bank Negara serbu Gemilang Mirza Sdn. Bhd

menurut maklumat yg aku dpt di sabah nih, keadaan agak panik dikalangan pelabur GM tapi kita lihat lah bagaimana perkembanganya..

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu syarikat Gemilang Mirza Sdn. Bhd. kerana disyaki mengambil deposit tanpa lesen sah dan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram di pejabatnya di Papar, Sabah hari ini.

Tindakan diambil mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Jabatan Komunikasi Korporat BNM dalam kenyataannya memberitahu, Seksyen 25 (1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk mendapat, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen sah.

Katanya, Seksyen 4 (1) AMLATFA 2001 pula menghalang mana-mana individu terlibat dalam atau cuba melibatkan diri atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan haram.

"Serbuan terhadap Gemilang Mirza dibuat di premis syarikat di Papar, berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai.

"BNM turut merampas aset dan dokumen untuk penyiasatan," kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

"Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan skim pelaburan yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM untuk menerima deposit untuk urus niaga mata wang asing.

"Senarai semua institusi berlesen yang dibenarkan menerima deposit terdapat di laman web BNM di www.bnm.gov.my," ujarnya.

Kata kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perhubungan Awam BNM di talian 1-300-88-5465.

Sunday, January 11, 2009

Buletin GMSB di block??

pada pendapat saya ini merupakan langkah yg silap kerana di saat para pelabur gemilang mirza memerlukan maklumat mengenai company ini telah terjadi.. ini hanya akan menimbulkan keraguan dan kekeliruan.. satu2nya sumber gemilang mirza telah tidak dapat di akses dan saya sgt2 berharap pihak pemilik blog dpt mengubah langkah yg hanya mendatangkan kemuskilan semua.. jika menurut pihak GM, perkara ini akan selesai dlm masa 10 hari, maka berdoalah semua pelabur GM supaya segalanya dpt kembali seperti biasa,,,

Saturday, January 10, 2009

What happen 2 Gemilang Mirza???

di bawah ini adalah drpd buletin gmsb mengenai keadaan gemilang mirza yang menghadapi masalah.. hrp2 masalah dpt diselesaikan segera...

Mohon agar semua ahli Gemilang Mirza bersabar dan bertenang. Pihak syarikat memberi jaminan akan terus kekal dan modal para ahli semuanya selamat. Kita sudah tahu masalah ini bukan berpunca daripada syarikat dan perkara sebenar sudahpun dijelaskan. Jumlah pengeluaran tunai sepanjang tempoh penyiasatan amat terhad sekaligus menganggu kelancaran pembayaran .Percayalah ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Pengarah tidak pernah lupa kebajikan para pemodal dan peristiwa yang berlaku ini amat beliau kesali. Hairan...Kenapa ada sesetengah orang yang begitu busuk hatinya, tidak senang melihat kejayaan orang lain?

Tenang, sabar dan tabahlah, kerana kita tidak dapat menjangka berapa lama lagi tempoh penyiasatan ini berlangsung..Pesan Dato' , beliau tidak akan tunduk. InsyaAllah jika kita berniat jujur dan ikhlas akan diberkati Allah swt..Kemelut ini tidak akan mematahkan semangat beliau. Syarikat amat yakin dalam tempoh 10 hari lagi semua masalah akan selesai dan Gemilang Mirza Sdn. Bhd. boleh beroperasi seperti biasa. Berilah ruang yang selesa buat Dato' menyelesaikan kes Syarikat dengan pihak Bank mengikut lunas undang-undang. Moga-moga semua ahli masih berfikiran jernih, memahami , sabar, yakin dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.Berusahalah untuk tidak terpengaruh dengan fitnah dan khabar angin.

Pihak syarikat amat berterima kasih kepada ahli-ahli yang begitu setia dan terus memberikan sokongan kuat. Seperti yang dijanjikan, pada tahun 2009 syarikat akan memperkasakan lagi produk-produk keluarannya. Kini edisi baru produk Sarang Burung Mirza boleh anda dapatkan di kedai-kedai stokis dan pengedar berhampiran atau berkunjunglah ke Mini Market Gemilang Mirza. Lebih banyak produk syarikat boleh didapatkan seperti Kopi Pangeran, Mirza Cafe, Teh Misai Kucing dan banyak lagi stok yang baru tiba. Harga diskaun bagi produk sarang burung ialah RM 133 ( Harga sebenar RM 143 ) termasuk CD kopilasi Album Anugerah yang diberikan percuma.

Tahun 2009, ekonomi di beberapa buah negara diramal berada diambang konflik dan kepahitan. Ramalan dan jangkaan sebegini sebenarnya dorongan kepada semua ahli perniagaan untuk maju dan berdayasaing. GMSB juga tidak terkecuali memandangkan bahangnya di negara sendiri. Sebagai seorang ahli perniagaan, saya percaya Dato' Awg. Binting dan Syarikat Gemilang Mirza S/B merangka strategi yang amat teratur dan terancang. Semuanya demi mencapai kegemilangan serta merealisasikan impian dan harapan mandat ahli yang ikhlas bernaung di bawah payung Gemilang Mirza.

Akhir sekali sama-samalah kita jayakan seminar anjuran syarikat pada 17hb Jan ini di Dewan Masyarakat Baru Papar. Penyertaan anda semua amat dialu-alukan terutama sekali kepada mereka yang benar-benar berminat dalam bidang perniagaan.

Mari kita satukan harapan dan keyakinan...Gemilang Mirza pasti semakin kukuh dan berakar kuat.

Friday, January 9, 2009

Pelaburan Terbaru....

Kini terdapat pelaburan terbaru yang sedang hangat diperkatakan di Sabah ini.. pelaburan ini dinamakan PQ Forex.. atau program qualiti.. setakat ini sudah banyak yang menyertai dan mendapat pulangan... cuma bezanya pulangan ini tidak di fix pada amount tertentu.. cuma capital nya di guaranteed akan selamat.. satu lot bernilai rm300 dan modal kembali paling lama pun selepas 6 minggu... maksudnya rm50 setiap minggu dan boleh juga lebih daripada itu.. aku pun berminat juga ini.. mmg popular di keningau,beaufort nih...

Thursday, January 8, 2009

GEMILANG MIRZA

aku sudah kembali di sabah dan mendapat tahu yang terdapat juga mereka disini yang sudah berkongsi modal dgn gemilang mirza dan mendapat hasilnya sekali.. terdapat juga yang melabur hampir rm50k dan telah kembali mendapat modal mereka..

Monday, January 5, 2009

Gemilang Mirza di MAJLIS SEMINAR KEFAHAMAN PENGGUNAAN DAN PEMAKANAN HALALAN TOYYIBA (BAIK)

Pengasas IMP, Ybhg. Tuan Haji Ahmad Tajuddin Arshad, yang juga tetamu kehormat dan selaku Penceramah pada hari Seminar 17hb Jan 2009 di Dewan Masyarakat Baru, Papar.

Amalan Pengilangan Islam atau Islamic Manufacturing Practice (IMP) adalah suatu garis panduan piawaian amalan pengilangan untuk menghasilkan produk-produk "Halaalan Thoyyiba" menurut ketentuan syarak. Ianya juga bertujuan untuk memenuhi keperluan kearah kualiti, kemujaraban, kesucian dan keberkatan semasa proses pengilangan di peringkat awal hingga akhir.

Asas dan ciri-ciri IMP.

# Menggunakan bahan bahan yang dijamin halal.
# Kebersihan dan kesucian air mengikut Syarak.
# Pekerja mestilah muslim, menutup aurat dan sentiasa dalam keadaan wuduk.
# Dimulakan dengan bismillah dan doa.
# Tiada muzik dan sentiasa ada bacaan Al Quran.
# Peralatan dan mesin sentiasa menghadap arah kiblat.

Hikmah di sebalik pengilangan IMP

Makanan yang terhasil dari proses pengilangan yang halal lagi suci menjadi darah daging dan memberi kesan keatas fikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti manusia. Hasilnya mampu mengubah keseluruhan diri ruhani dan jasmani dari kegelapan (Zulmat) kepada petunjuk Allah (Nur).

Satu-satunya kilang milik Gemilang Mirza Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak yang mempunyai status IMP dalam penghasilan produk dijamin kesucian dan keberkatannya. Mencari yang Halal adalah Fardhu bagi setiap Umat Islam. Maklumat lanjut mengenai IMP lawati www. sidratul. com. my.